Perak Hari Ini

PRU14: Ketua Wanita Gerakan Bakal Bertanding Di DUN Jalong

SUNGAI SIPUT: Parti Gerakan Malaysia (Gerakan) bakal menamakan Ketua Wanitanya, Datuk Tan Lian Hoe sebagai calon yang akan mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Jalong pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Presiden Gerakan, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata, pemilihan Lian Hoe adalah berdasarkan trek rekod yang baik ditunjukkan mantan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan itu di kawasan tersebut sepanjang empat tahun ini.

Ujarnya, Lian Hoe yang juga penyelaras Gerakan di Jalong dilihat tidak pernah jemu memberi khidmat kepada penduduk setempat.

Justeru disebabkan itu, beliau yakin pemilihan Lian Hoe akan memberi kemenangan besar kepada BN nanti.

“Walaupun pada pilihanraya lalu kita kalah dengan majoriti yang besar namun kali ini, disebabkan usaha gigih untuk masyarakat yang ditunjukkan serta kerjasama parti-parti komponen BN yang lain, kita mempunyai peluang yang cerah di sini,” katanya.

Tambahnya lagi, nama Lian Hoe sudah pun diserahkan kepada Presiden BN merangkap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak serta Pengerusi BN Perak, merangkap Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

 

Sementara itu, Pengerusi BN Sungai Siput, Datuk Mohd Zolkafly Harun turut senada dengan Siew Keong dan yakin bahawa BN bakal memperolehi kemenangan di DUN Jalung selain mengekalkan DUN Lintang serta menduduki kembali kerusi Parlimen Sungai Siput.

“Kita lihat bahawa ada perkembangan yang baik daripada pengundi Sungai Siput yang mana mereka kini sedar mereka telah diabaikan ahli parlimen mereka sendiri, dan menyesal dengan pilihan yang dibuat pada pilihanraya lalu.

“Masyarakat di sini tidak dapat merasai apa-apa pembangunan, kemajuan mahupun peruntukan kebajikan daripada wakil rakyat mereka. Ahli parlimen mereka hanya beri janji kosong,” ujarnya yang juga merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lintang.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Rumah Terbuka Sambutan Tahun Baru Cina Gerakan Peringkat Negeri di Arena Sungai Siput, dekat sini, pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Besar serta Pengerusi Gerakan Perak, Soo Kay Ping.

Majlis dihadiri kira-kira 3,000 orang masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum di sini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");