Perak Hari Ini

PRU14: Ketua Wanita MCA Bakal Bertanding Di Parlimen Gopeng?

GOPENG: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Perak memberi gambaran seolah-olah parti tersebut bakal meletakkan Ketua Wanita MCA, Datuk Heng Seai Kei sebagai calon Ahli Parlimen Gopeng pada Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Tanpa menyebut dengan terperinci, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir yang juga Menteri Besar Perak berkata beliau berharap agar pengundi di sini dapat menilai sendiri segala gerak kerja Seai Kei yang dilakukan untuk masyarakat Gopeng.

“Saya tidak mahu berkata apa-apa (dengan lebih lanjut). Kita masih lagi menunggu pengumuman rasmi (keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti).

“Walau bagaimanapun, beliau akan berada di sini, membantu masyarakat untuk bersatu dan memberi sokongan (yang padu kepada BN),” katanya ketika berucap merasmikan sebuah program sambutan Tahun Baru Cina di SJK (C) New Kopisan, dekat sini malam tadi.

Majlis yang disertai lebih daripada 900 orang masyarakat tempatan itu turut dihadiri Pengerusi MCA Perak merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu Negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon; Pengerusi BN Gopeng, Datuk Albert Chang Chun Cheun serta Ketua UMNO bahagian Gopeng Senator Datuk Hamzah Kassim.

Sementara itu, Seai Kei yang ditemui selepas penyempurnaan majlis berkenaan berkata, walau apa juga keputusan pucuk pimpinan tertinggi parti, beliau tetap akur dan akan terus berkhidmat di kawasan parlimen ini.

“Apabila tibanya PRU14 nanti, ia merupakan satu peluang keemasan kepada pengundi di Parlimen Gopeng bagi melakukan perubahan.

“Mereka boleh memilih sama ada mahu seorang wakil rakyat sepenuh masa seperti kami, ataupun seorang wakil rakyat separuh masa sahaja dan sepenuh masanya pula berkhidmat sebagai doktor pakar. Terpulang kepada rakyat,” ujarnya.

Walaupun tidak menyebut nama namun ianya jelas merujuk kepada Ahli Parlimen Gopeng PKR iaitu Dr Lee Boon Chye.

Selain itu beliau yang juga Penasihat Hal Ehwal Perpaduan dan Integrasi Nasional, Jabatan Perdana Menteri berkata, sokongan masyarakat Cina juga kini sudah mula menunjukkan tanda-tanda postif kepada BN.

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");