Isu Panas

Puteri Umno Kemuka 15 Calon

PASIR PUTEH – Seramai 15 tokoh dari Puteri Umno yang berkeupayaan mendapat sokongan pengundi di parlimen dan Dun dicadangkan bertanding dalam PRU14 nanti.

Ketua Puteri Umno, Datuk Mas Ermieyati Samsudin berkata, senarai calon itu sudah dikemukakan kepada Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan.

Katanya, Puteri Umno berharap kepimpinan parti memberi ruang kepada golongan wanita muda untuk mewakili BN.

“Bagaimanapun kita sedia akur dengan keputusan presiden kerana kepimpinan parti sudah semestinya merangka sesuatu yang terbaik bagi memastikan BN meraih kemenangan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis penyampaian cermin mata Program Touch Point Perdana Menteri di Kompleks Uthmaniyah Pulau Lima di sini, semalam.

Turut hadir, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dan Adun Selising, Zulkifle Ali.

Mas Ermieyati berkata, seramai 30,000 ahli Puteri Umno digerakkan sebagai jentera pilihan raya di semua Pusat Daerah Mengundi (PDM).

“Ada yang menjadi ejen parti ketika proses mengundi, ada perayu undi, penyemak pendaftaran pengundi dan skop lebih strategik iaitu Skuad Teknologi Maklumat (IT) bagi menangkis tohmahan pembangkang di internet.

“Gerak kerja ini sudah bermula di mana pucuk pimpinan Puteri Umno ke setiap negeri bagi memastikan kelancaran tugasan,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");