Isu Panas

‘Rajin Turun Padang Bukan Sebab Nak Jadi Calon’

KUANTAN – Kehadiran beberapa pemimpin Umno Bahagian Indera Mahkota yang turun padang sejak akhir – akhir ini bukan disebabkan mahu menjadi calon, sebaliknya sebagai tanda mereka buat kerja menjelang PRU14.

Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota, Datuk  Mustaffar Kamal Ab Hamid berkata, jentera parti sudah turun padang sejak 2013 dan kini gerak kerja semakin agresif di setiap kawasan.

Menurutnya, semua ahli di peringkat bahagian sudah diberikan peranan masing-masing agar semua kawasan di lawati.

“Justeru, dakwaan mengatakan Indera Mahkota menjadi perebutan oleh mereka di dalam Umno Bahagian hanyalah persepsi semata-mata.

“Mereka sama ada di peringkat sayap dan jawatankuasa mempunyai pendekatan tersendiri untuk mendekati pengundi,” katanya kepada media pada Majlis Penyerahan Bantuan Atap kepada penduduk miskin di Balai Raya Alor Batu, Jabor, semalam.

Mustaffar Kamal berkata, semua nama calon sudah diserahkan kepada pucuk pimpinan dan terpulang kepada presiden untuk membuat keputusan.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa pucuk pimpinan mampu membuat pilihan terbaik bagi memastikan hasrat menawan kembali Parlimen Indera Mahkota tercapai.

“Calon berwibawa , ikhlas bekerja dan dikenali pengundi perlu dipilih untuk menentang parti lawan.

“Umno Bahagian sentiasa bersedia dan mahu calon yang mampu meraih sokongan pengundi sebagai calon,” katanya.

Pada program itu, seramai lapan penerima menerima sumbangan atap bagi membaiki kerosakan di rumah maisng-masing.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");