Berita Hari Ini

Rakyat Malaysia Perlu Peruntukkan Masa Membaca Sejam Sehari

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia perlu memperuntukkan masa membaca sekurang-kurangnya sejam sehari untuk Malaysia muncul sebagai ‘Negara Pembaca’, kata Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) Datuk Nafisah Ahmad.

Beliau berkata budaya membaca di negara ini perlu ditingkatkan untuk mencapai sasaran Kuala Lumpur dipilih sebagai Kota Buku Dunia 2020.

“Antara inisiatif yang dilakukan ialah PNM, perpustakaan awam negeri dan perpustakaan di universiti dan agensi kerajaan dan swasta melaksanakan program ‘Jom Baca Bersama 10 Minit’ pada 23 April setiap tahun sebagai usaha galakkan membaca di peringkat negara,” katanya pada Program Singgah Santai@ PNM di sini semalam, lapor Bernama.

Menurutnya, status Kota Buku Dunia boleh menjadi antara pengisian Tahun Melawat Malaysia 2020 yang bakal menyaksikan penganjuran banyak acara antarabangsa, sekali gus menarik kedatangan pelancong luar negara.

Majlis hari ini menyaksikan Nafisah melancarkan himpunan komik kartun oleh Imuda atau Abdul Rahim Muda dalam bentuk e-buku.

Program Singgah Santai@PNM merupakan mini karnival membaca bertujuan menarik minat masyarakat untuk berkunjung dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan PNM.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");