Berita Hari Ini

Rakyat Perlu Bersyukur Nikmat Dikecapi Negara

KUALA LUMPUR: Program tajaan ke Tanah Suci melalui Yayasan 1MDB merupakan satu penghormatan yang diberikan kepada 1,100 individu yang belum pernah menunaikan ibadah tersebut.

Memetik laporan Bernamam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia juga mencerminkan keperihatinan pimpinan negara terhadap pembangunan Islam di negara ini.

Sehingga kini, program tersebut telah memberi peluang kepada 6,911 orang Imam, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) dari seluruh negara yang belum pernah menunaikan haji.

“Apapun kemelut yang dibicarakan sebelum ini, hasil buah fikiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalaui Yayasan 1MDB melihat pentingnya untuk penghormatan diberikan kepada kelompok pimpinan ini menunaikan haji.

“Kita perlu bersyukur dengan kurniaan nikmat ini dengan membersihkan jiwa dan hati untuk mempersiapkan diri melaksanakan ibadah ini dengan keikhlasan yang mendalam,” katanya ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Masjid Putra, Putrajaya hari ini. Khutbah Jumaat itu disiarkan secara langsung menerusi RTM.

Program haji Perdana Menteri tajaan (1MDB) yang diilhamkan pada 2011 sebelum ini menimbulkan pelbagai polemik sehingga kerajaan didesak mengkaji sumber 1MDB yang digunakan untuk menaja ibadah haji bagi memastikan ia bebas daripada sebarang bentuk penyelewengan dan korupsi.

Dalam pada itu, Jamil Khir dalam khutbah tersebut turut menyeru masyarakat supaya bersyukur dengan nikmat kemakmuran dan pembangunan yang dikecapi negara ketika ini.

“Dalam konteks negara ini, kita perlu bersyukur dengan usaha dan kesungguhan daripada kepimpinan atasan hingga bawahan dalam membangunkan ekonomi dan produk negara sehingga memperlihatkan kemakmuran yang melimpah dan ekonomi yang berkembang.

Katanya pelbagai penarafan antarabangsa yang meletakkan ekonomi negara di antara yang tersubur, ringgit yang makin kukuh, perpaduan antara kaum, agensi keselamatan yang baik, antara nikmat yang boleh syukuri,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");