Jenayah

Remaja Palestin Dipenjara Seumur Hidup

BAITULMAQDIS: Mahkamah tentera Israel hari ini menjatuhkan empat hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang remaja Palestin yang disabitkan membunuh tiga penduduk Zionis di penempatan Tebing Barat Julai lalu.

Memetik laporan AFP menerusi BH Online, Menteri Pertahanan Avigdor Lieberman berkata, tertuduh membunuh anggota keluarga Salomon di Neve Tsuf.

“Hukuman penjara seumur hidup ini tidak cukup untuk menghukumnya,” kata Lieberman.

Tertuduh, Omar al-Abed berusia 19 tahun ketika pembunuhan itu, didapati bersalah oleh mahkamah di Ofer dekat Ramallah di jajahan Tebing Barat, didakwa merancang pembunuhan tiga anggota keluarga Solomon di rumah mereka pada 21 Julai 2017.

Abed ditembak seorang jiran, anggota tentera tidak bertugas yang menyaksikan insiden itu selepas mendengar jeritan mangsa.

Dia juga didapati bersalah atas cubaan membunuh tujuh orang, kesemuanya anggota keluarga.

Bapa, ibu, bapa saudara dan dua saudara lelaki Abed dihukum penjara antara sebulan hingga lapan bulan Ogos lalu kerana gagal menghalang tindakannya.

Pada 16 Ogos, tentera Israel bertindak kejam dengan memusnahkan rumah keluarga Abed di perkampungan Kobar berhampiran Ramallah.

Dalam muat naik di Facebook sebelum serangan itu, Abed menyuarakan perasaan tidak puas hati terhadap tindakan Israel ke atas penduduk Palestin di sekitar Masjid Al-Aqsa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");