Berita Hari Ini

Ringgit Catat Prestasi Antara Terbaik Di Dunia

PUTRAJAYA: Pengukuhan nilai ringgit disumbangkan oleh kemasukan dana asing kerana keyakinan terhadap dasar kerajaan serta kenaikan harga minyak, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib Razak berkata, nilai ringgit melepasi paras psikologi RM4 pada 5 Januari lalu dan menjadi antara mata wang mencatat prestasi terbaik di dunia pada masa ini.

“Inilah sentimen yang dapat kita lihat dan tahun ini, kita akan laksanakan Bajet 2018, yang bersifat inklusif, ada sesuatu untuk semua dalam bajet,” katanya.

Perdana Menteri berkata demikian ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini, hari ini.

Najib berkata, ekonomi negara berkembang baik sehingga Bank Dunia menyemak semula unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak tiga kali tahun lalu, di mana suku ketiga mencecah 6.2 peratus berbanding 4.3 peratus bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Katanya, Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Switzerland, baru-baru ini, turut menobatkan Malaysia sebagai negara Asia terbaik bagi Indeks Pembangunan Inklusif dan berada pada kedudukan ke-13 di dunia meninggalkan China yang berada pada kedudukan ke-25) dan India (62).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");