Perak Hari Ini

RM90,600 Peruntukan Diagihkan Kepada Badan NGO Negeri Perak

IPOH:Sejumlah RM90,600 diagihkan kepada 12 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terpilih menerusi Projek Komuniti Engagement NGO dalam usaha berterusan bagi memperkasakan hala tuju badan NGO di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Pengguna, Pembangunan Usahawan, Koperasi, NGO dan Masyarakat Sivil,Datuk Samsudin Abu Hassan berkata pemberian peruntukan tersebut adalah menerusi penilaian daripada pemohonan yang dibuat oleh badan NGO seluruh pada 13 Julai hingga 13 Oktober 2016 yang lalu.

“Bagaimanapun daripada 31 kertas kerja yang ditapis dan dinilai hanya 12 badan NGO terbukti memenuhi kriteria yang ditetapkan menerima peruntukan tersebut hari ini,” katanya kepada media pada majlis pemberian replika cek kepada 12 badan NGO menerusi program tersebut hari ini.

Katanya, peruntukan itu pastinya tidak mengikut kehendak semua pemohon bagaimanapun jawatankuasa penilai memberi penekanan kepada keberhasilan setiap acara dan program dilaksanakan oleh badan NGO tersebut.

“Kita mementingkan keberhasilan, kebanyakan pemohonan tidak memenuhi syarat ditetapkan malah menerusi pelan tindakan strategik NGO yang dilancarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir pada konvesyen Pangkor Dialogue tahun lalu sejumlah 5,000 badan NGO yang mempunyai objektif tersendiri telah digabungkan kepada 9 fokus meliputi kehendak kerajaan negeri.

“Institut Darul Ridzuan (IDR) jadi badan penyelaras dan pemberian skim latihan adalah satu keperluan kepada badan NGO supaya tidak boleh bertindak sesuka hati pelan ini akan membawa ke arah yang sama,” katanya.

Beliau turut menasihati para penerima sumbangan supaya mereka melaksanakan aktiviti secara komprehensif agar boleh dijadikan contoh kejayaan kepada semua pihak.

“Badan NGO diharapkan dapat menjadi contoh kepada orang lain dan mustahil kita mampu beri latihan kepada 5,000 badan NGO di Perak malah dalam masa 2 tahun telah melatih 1700 Pengerusi badan NGO supaya lebih peka tentang kemahiran yang perlu diberikan kepada jawatankuasa mereka kelak,” katanya.

Terdahulu katanya bagi tahun lalu Kerajaan Negeri telah memperuntukan sebanyak RM40,000 dan sebarang penambahan peruntukan akan dinilai dari semasa ke semasa.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");