Sukan Hari Ini

Rooney Akui Sukar Buat United Untuk Kejar City

WAYNE Rooney percaya Manchester United akan bergelut untuk mengejar pendahulu Liga Perdana Inggeris, Manchester City musim ini.

Memetik laporan Stadium Astro, skuad kendalian Pep Guardiola mengawal saingan merebut takhta EPL, mendahului liga dengan kelebihan 13 mata walaupun sekadar seri 1-1 dengan Burnley, pada Sabtu.

Rooney beraksi ketika United tewas kepada skuad Barcelona yang dikendalikan oleh Guardiola dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) pada 2009 dan 2011 – menjaringkan gol di Wembley – mengakui teruja menyaksikan City beraksi.

“Sukar buat United untuk mengejar City musim ini dan untuk musim depan, ia akan menjadi lebih sukar,” kata Rooney.

“Ia bukan perkara yang harus dikatakan, tetapi jika anda tidak dapat menikmati gaya permainan mereka, anda tidak menikmati bola sepak. Saya suka menyaksikan mereka bermain, mereka mempamerkan persembahan yang hampir sempurna.

“Saya berasakan Guardiola meletakkan asas di tempat yang sepatutnya untuk cuba mencontohi pasukan Barcelona dan beliau sedang melakukannya dengan baik sekali.

“Musim panas nanti mereka mungkin akan membawa beberap lagi pemain. Tetapi mereka perlu memenangi gelaran terlebih dahulu.

City berdepan Arsenal dalam aksi final Piala EFL di Wembley pada 25 Februari dan kini berada dalam pusingan kedua UCL dan Piala FA.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");