Jenayah

Sambutan Tahun Baharu Cina 13 Keluarga Bertukar Tragedi

SHAH ALAM: Sambutan Tahun Baharu Cina 13 keluarga di Bagan Hailam, Pelabuhan Klang, untuk tahun ini bagaikan tiada makna apabila rumah mereka hangus dalam kebakaran malam semalam.

Bagaimanapun kejadian pada pukul 10.25 malam itu, tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa tetapi kediaman kesemua mangsa musnah sepenuhnya.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai, Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Alimaddia Bukri berkata, api marak dengan cepat dan pihaknya berjaya memadam kebakaran kira-kira pukul 12 tengah malam.

“Setakat ini punca kebakaran masih dalam siasatan dan pasukan forensik bomba juga masih menyiasat insiden ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

– UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");