Perak Hari Ini

‘Saya Akan Ambil Tindakan Jika Ada Pihak Salah Guna Kotak Bantuan YBU’: MB Perak

IPOH: Kerajaan negeri memandang serius jika terdapat segelintir pihak yang cuba menyalahgunakan sumbangan kotak makanan Yayasan Bina Upaya (YBU).

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, inisiatif kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN) ini tidak lain tidak bukan hanyalah bertujuan untuk meringankan beban rakyat yang kurang bernasib baik.

“Jika ada sesiapa menyalahgunakan pemberian ini, sila beri tahu kepada saya dan saya akan ambil tindakan,” katanya.

Tambah Zambry lagi, kerajaan negeri juga sentiasa menitikberatkan kualiti makanan di dalam kotak bantuan tersebut.

Ujarnya, beliau juga tidak akan membenarkan makanan yang diberikan itu tidak mempunyai zat apatah lagi tamat tempoh.

Beliau berkata demikikan ketika berucap dalam satu program dihadapan lebih 200 orang di Dewan Serbaguna Sri Desa Rishah Buntong 5, dekat sini, pada Rabu.

Yang hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim,; Pengerusi MIC Perak Datuk V Elango serta Pengerusi MyPPP Buntong, Datuk Naran Singh.

Dalam program berkenaan, sebayak 180 kotak YBU diserahkan kepada golongan yang memerlukan.

Turut disampaikan bantuan pelajaran kepada 82 penerima daripada keluarga miskin dan berpendapatan rendah berjumlah RM 15,300.

Pada masa sama, buat julung kali di Dewan Undangan Negeri (DUN) Buntong, dilancarkan tabung pendidikan khas masyarakat India.

Selain itu, Zambry turut meluangkan masa beramah mesra dan menyerahkan kotak YBU kepada golongan yang memerlukan di sekitar kawasan ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");