Sukan Hari Ini

Saya Masih Terbaik – Conte

LONDON: Bos Chelsea, Antonio Conte menegaskan dia masih individu terbaik untuk mengetuai kelab dari London itu walaupun wujud kebimbangan mengenai penurunan prestasi juara Liga Perdana itu dalam tahun keduanya mengendalikan pasukan itu.

Kekalahan mengejut 3-0 di laman sendiri semalam kepada Bournemouth menyebabkan Chelsea jatuh ke kedudukan keempat, ketinggalan 18 mata di belakang pendahulu liga Manchester City, dan hanya bertarung untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan.

Conte kerap kali menyuarakan kekecewaan mengenai kurangnya usaha dalam polisi perpindahan kelab itu, seterusnya mencetuskan spekulasi dia tidak akan kekal di Stamford Bridge melebihi musim ini.

“Saya percayakan kerja saya dan hanya ini cara membawa saya menjadi antara pengurus terbaik,” kata Conte yang menang tiga gelaran Serie A dalam tempoh tiga tahun penuh gemilang ketika mengetuai Juventus.

“Saya tidak percaya perkara lain, hanya kerja saya dan tugasan saya.”

Conte melabelkan persiapannya ketika kalah semalam sebagai ‘malapetaka’ ketika Chelsea akhirnya menyambar Olivier Giroud dari Arsenal sebagai pilihan kepada Alvaro Morata yang cedera manakala pemain yang tidak lagi dipilih, Michy Batshuayi dibenarkan menyertai Borussia Dortmund.

Conte bagaimanapun mahu memantau terlebih dahulu keadaan fizikal Giroud sebelum memasukkan pemain itu ke dalam kesebelasan utama bagi saingan di Watford awal pagi Selasa ini. – AFP

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");