Perak Hari Ini

“Saya, PM, Alu-Alukan Inidvidu Nak Bertanding Di Bagan Datuk, Pekan”: Ahmad Zahid

BAGAN DATUK: “Saya dan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) mengalu-alukan mana-mana individu yang berniat untuk bertanding, sama ada di Bagan Datuk atau di Pekan”

Demikian jawapan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika mengulas isu berkenaan suatu kenyataan yang menyebut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bakal bertanding di salah satu kerusi Parlimen terbabit dalam Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU14) nanti.

Ujarnya, ‘pihak berkenaan’ yang membuat keputusan sedemikian dengan bertanding di luar Selangor adalah kerana individu tersebut sudah menjangkakan akan menghadapi kekalahan teruk dalam PRU14.

“Itu sebabnya (dia hendak) mencuba nasib di kawasan lain, dan kita tahu di kawasan yang beliau wakili itu banyak permasalahan yang sudah menjadi rungutan kepada rakyat.

“Saya harap, sebelum berniat untuk berpindah kawasan sila lakukan pembaikan perkhidmatan terutama dari segi kemudahan-kemudahan asas kepada pengundi-pengundi yang diwakili,”katanya tanpa menyebut nama Azmin dengan jelas.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis perasmian 3 Pusat Internet 1Malaysia Parlimen Bagan Datuk di Kampung Telok Buloh, Hutan Melintang, dekat sini pada Sabtu.

Pada masa sama, Ahmad Zahid turut mengulas lanjut berkenaan kenyataan Azmin dengan menyebut pemimpin pembangkang itu sengaja ‘bermain-main’.

“Kenyataan pemimpin ini mana boleh main-main, kita tahu dia (Azmin Ali) main-main sahaja dan dalam politik ini tidak boleh main-main,” katanya lagi.

Terdahulu, Ahli Parlimen Gombak merangkap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), dilaporkan sedang dalam pertimbangan bagi bertanding di kerusi Parlimen Bagan Datuk yang kini disandang oleh Timbalan Perdana Menteri dan Pekan yang kini diduduki oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");