Perak Hari Ini

Sekumpulan Lelaki Buat Kecoh Di Tapak Projek Bandar Tasik Amanjaya

IPOH:Sekumpulan lelaki sekitar 20 orang telah menganggu dan membuat kecoh di tapak projek Bandar Tasik Amanjaya dalam kejadian yang berlaku pagi semalam.

Menurut sumber, lima orang petugas iaitu polis Bantuan dan pegawal keselamatan yang menjaga keselamatan di Tanah milik Perbadanan Menteri Besar Perak (PMB) juga dikenali sebagai Menteri Besar Incorporated (MB Inc.) telah diserbu beramai-ramai dan sekumpulan lelaki itu bertindak membuat kekecohan di kawasan itu sekitar jam 10.21 pagi.

“Mereka memaksa dan mendesak kami membenarkan mereka melalui pos pengawal dan palang dan boom gate kami,” katanya.

Difahamkan salah seorang daripada mereka adalah seorang peguam dan seorang wanita yang turut terlibat dalam insiden kekecohan itu.

“Selepas itu datang seorang lelaki pula datang menyerbu dengan membawa sebatang pemotong besi dan terus memotong mangga besi / kunci palang di boom gate tersebut, menyebabkan kerosakan kepada harta benda milik PMB.

“Dia bersama seorang lagi rakan sekerjanya terus cuba merempuh masuk dengan kenderaan mereka tetapi kami masih tetap menghalang cubaan tersebut,” katanya.

Kata sumber lagi, kumpulan berkenaan terus-menerus membuat kekecohan dan hanya meninggalkan kawasan kejadian kira-kira jam 11.10 pagi.

Difahamkan sesiapa sahaja yang ingin melalui pos pengawal ini telah diberitahu dengan jelas bahawa hanya individu yang dimaklumkan secara bertulis kepada pihak PMB oleh syarikat-syarikat berkaitan yang terlibat, akan dibenarkan masuk dan atau keluar melalui pos pengawal tersebut, malah mereka juga perlu mendaftarkan diri setiap kali keluar masuk melaluinya.

Tindakan itu merupakan salah satu langkah keselamatan yang diarahkan kepada petugas keselamatan bagi mengelakkan orang-orang yang tidak dikenali memasuki kawasan ini dan melakukan kegiatan haram atau sebarang gejala buruk yang lain.

Malah perkara itu telah sedia maklum diketahui oleh salah seorang individu itu namun masih berdegil dan mengambil tindakan keras terhadap para petugas.

Berikutan insiden itu berlaku kekerasan fizikal, menganggu ketenteraman awam, menghasut, merosakkan harta PMB dan menceroboh.

Malah dua individu termasuk peguam berkenaan disifatkan cuba mengelirukan pihak yang cuba menceroboh dengan mengatakan bahawa mereka memiliki perintah mahkamah dan cuba memperdaya pegawai keselamatan PMB bahawa tindakan meletakkan palang dan mendaftar adalah “contempt of court” walaupun kawasan yang diceroboh itu adalah tanah milik PMB.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");