Isu Panas

Serah Pada Majlis Syura Ulamak

KOTA BHARU – Pas Kelantan menyerahkan kepada Majlis Syura Ulamak untuk menentukan sama ada taklik dalam baiah atau cerai talak tiga diguna pakai terhadap calon pilihan raya di negeri ini.

Pesuruhjayanya, Datuk Ahmad Yakob berkata, Pas Kelantan akan menerima apa sahaja keputusan yang dipersetujui pucuk pimpinan tertinggi dalam perkara berkaitan baiah.

Menurutnya, baiah adalah suatu janji setia yang dilafazkan calon Pas untuk patuh kepada hukum ALLAH SWT, Rasul dan pucuk pimpinan selagi tidak bercanggah prinsip Islam.

“Lafaz baiah sebegini sangat penting dan diperlukan bagi mengukuhkan parti di Kelantan khasnya dalam berdepan PRU14 yang agak mencabar.

“Manakala taklik dalam baiah atau melafazkan cerai talak tiga sebagaimana terkandung dalam baiah di Kelantan sebelum ini, maka penetapannya kepada calon PRU14 diserah kepada keputusan Majlis Syura Ulamak,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, lafaz baiah adalah perkara asas dilafazkan seluruh calon wakil rakyat parti itu sebelum ini, bagi menjaga ketuanan Islam dalam perjuangan.

Menurutnya, sekiranya baiah dilanggar, maka mereka akan berhadapan dengan laknat ALLAH SWT dan segala elaun diterima adalah haram.

Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, parti itu dijangka menggugurkan sumpah baiah talak tiga yang perlu dilafaz calon pada PRU14.

Ahmad yang juga Timbalan Mursyidul Am berkata, perkara itu belum dibincangkan secara terperinci di peringkat Majlis Syura Ulamak.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");