Sukan Hari Ini

Sindrom ‘Pakai Buang Ekspres’ Cara Kelantan

TINDAKAN Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) memecat ketua jurulatih The Red Warriors (TRW), Sathit Bensoh baru-baru ini mengejutkan ramai pihak memandangkan saingan Liga Malaysia (Liga M) masih berada pada awal musim bahkan baru mengharungi tiga perlawanan setakat ini.

Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBS), B. Sathianathan tanpa berselindung melahirkan kebimbangannya terhadap tindakan memecat atau merehatkan jurulatih akan memberi implikasi negatif kepada pengendali tempatan atau luar negara dengan merujuk kes pemecatan Bensoh.

Sathianathan mengakui persatuan bola sepak negeri atau kelab berkuasa penuh untuk menentukan kedudukan jurulatih tetapi pada masa sama, beliau menggesa agar pihak pengurusan memahami situasi semasa pasukan masing-masing sebelum melakukan pemecatan.

“Kadang-kadang pihak pengurusan terlalu mengikut sejarah. Kita kena ukur baju di badan sendiri. Jika dahulu, Kelantan memang kuat, memang boleh jadi juara kerana mereka memiliki ciri-ciri pasukan sempurna.

“Kadang-kadang pengurusan terlalu mengharapkan keajaiban. Mereka sepatutnya harus tahu kemahuan itu perlu selaras dengan keupayaan sendiri.

“Jangan mengharapkan tiga perlawanan itu semua menang atau lebih tepat, jangan harap jadi juara jika pasukan tidak selaras dengan kemampuan sebenar,” katanya menerusi laporan Kosmo Online, hari ini,=.

Sementara itu, Bensoh merupakan jurulatih Liga Super pertama yang dipecat sejak kepimpinan KAFA diambil alih oleh Bibi Ramjani Ilias Khan.

Sebagai rekod, Bibi Ramjani dipilih sebagai Presiden KAFA pada 17 September tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");