Jenayah

SPRM Jalankan Sisatan Awal

KOTA BHARU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Kelantan masih menjalankan siasatan awal terhadap pendedahan mengenai ada di antara ahli politik di negeri ini disyaki terlibat dengan rasuah.

Pengarahnya, Datuk Moh Samsuddin Yusof berkata, setiap laporan yang diterima perlulah mempunyai asas.

“Selepas kita menerima aduan berhubung kes itu, maka siasatan awal akan dilakukan dan kita wajib semak dahulu laporan untuk tindakan lanjut.

“Ini bagi menenetukan sama ada aduan yang dibuat mempunyai bukti yang kukuh untuk dibawa ke mahkamah atau sebaliknya, ” katanya menerusi laporan Sinar Online.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis sambutan Hari Antidadah Kebangsaan ke-35 dan Ikrar Bebas Rasuah bersama SPRM di Auditoriam Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) di sini hari ini.

Perkara terbabit didedahkan sendiri oleh pihaknya dua hari lalu dalam pertemuan media dipejabatnya di sini Selasa lalu.

Sementara itu, dalam perkembangan berhubung penyertaan orang ramai terhadap Sahabat Gerakan Revolusi Anti Rasuah(Gerah) menurutnya setakat ini 3,799 orang menyertainya di negeri ini.

“Sahabat Gerah ini akan bekerjasama dengan SPRM bagi menangani isu rasuah di negeri ini.

“Untuk tahun ini sahaja seramai 505 orang telah menyertai sahabat Gerah di Kelantan dan ini menunjukkan mereka menyedari bahawa isu rasuah merupakan perkara penting yang perlu diberi perhatian serius, “katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");