Isu Panas

SPRM Sudah Tapis 70 Peratus Calon BN

KOTA BHARU: 70 peratus calon BN Kelantan untuk PRU14 telah dinilai dan melalui tapisan yang dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Pengerusi BN Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, bagaimanapun 30 peratus lagi baki masih dalam perbincangan melibatkan beberapa isu kecil.

“Alhamdulilah, Pengerusi BN (Datuk Seri Najib Tun Razak) juga meneliti perkara ini dan mengenali semua calon yang kita ketengahkan.

“Semuanya berjalan lancar dan saya yakin baki 30 peratus itu juga akan selesai dalam masa terdekat,” katanya sebagaimana dilaporkan Sinar Online, hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media Majlis perjumpaan Datuk Seri Mustapa Mohamed bersama NGO Kelantan di sini.

Ketika diminta mengulas mengenai SPRM Kelantan yang kini sedang menyiasat pemimpin politik negeri berkaitan rasuah, beliau berkata, perkara tersebut diserahkan sepenuhnya kepada suruhanjaya itu untuk melaksanakan tugas sebaik mungkin.

Menurutnya, kerajaan amat mementingkan negara yang bersih dan mempunyai misi tersendiri untuk jadikan Malaysia sebagai negara contoh.

Beliau juga memberitahu, perkara tersebut tidak mematahkan semangat BN negeri untuk terus memperjuangkan dan membawa pelbagai perubahan kepada rakyat negeri ini.

“Saya tidak tahu siapa yang disiasat itu, tapi bagi kami, ia tidak menjejaskan BN Kelantan buat masa sekarang ini memandangkan kami teguh dengan prinsip membawa perubahan.

“Apa pun kita punyai misi lebih besar, bukan bersifat peribadi orang tertentu.

“Kalau seorang dua buat salah, itu perkara biasa. Kesalahan akan berlaku walaupun kita tidak mahu ia berlaku. Namun ia tidak menjejaskan parti,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");