Perak Hari Ini

Stadium Mini Manjoi Bakal Diuruskan MBI

IPOH: Setelah sekian lama Stadium Mini Manjoi terbiar tanpa pengurusan akhirnya hari ini diumumkan bahawa ia akan diselenggara oleh pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Manjoi, Mohamad Ziad Mohamed Zainal Abidin berkata pewartaan tersebut diluluskan atas inisiatif Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menerusi program Pemukiman Daerah Kinta yang sedang berlangsung minggu ini.

Jelasnya, suatu jawatankuasa khas juga bakal ditubuhkan bagi membantu MBI memantau dan bekerjasama menjaga kawasan serta keselamatan persekitaran di sini.

Melalui pewartaan tersebut, Ziad berkata stadium itu juga bakal dibaik pulih dengan keadaan yang lebih baik.

Sementara itu, Menteri Besar turut meminta MBI supaya mengindahkan lagi kawasan persekitaran Stadium Mini berkenaan berikutan ia dilihat mempunyai potensi besar untuk dijadikan kawasan tarikan orang ramai.

“Kalau dilihat kolam (yang berhampiran dengan stadium) ini kawasanya cukup strategik di mana ianya berdekatan dengan stadium, Pusat Pendidikan Al-Barakah, Pasar Raya Mydin serta sekolah.

“Lebih indah jika ia dapat dijadikan seluruh kawasan di sini sebagai kawasan tumpuan umum khususnya untuk mereka yang gemar berekreasi atau beriadah.

“Saya sudah meminta MBI supaya menanam Pokok Hujan-hujan di sini kerana ianya sesuai untuk tanah-tanah lombong,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Kompleks Taman Rekreasi Awam Jalan Tapah, Gugusan Manjoi, dekat sini, pada Khamis.

Yang hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Rusnah Kassim; ADUN Hulu Kinta, Datuk Aminuddin Md Hanafiah serta Datuk Bandar, Datuk Zamri Man.

Kompleks tersebut dibangunkan dengan kos sebanyak RM500,000 daripada Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Ia bakal dilengkapi dengan beberapa kemudahan antaranya bahagian taman permainan kanak-kanak, kawasan gimnasium luar, kawasan senaman jalanan (street workout), kawasan refleksologi, serta jeti.

Pada 2016, PerakToday ada menyiarkan laporan keluh-kesah penduduk setempat berkenaan kawasan ini yang dikatakan tidak dijaga rapi selain menjadi sarang penagih dadah dan maksiat

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");