Jenayah

Suami Orang Khalwat Isteri Orang Didenda

KUALA TERENGGANU – Pasangan kekasih yang terlibat dalam percintaan terlarang didenda RM2,900 oleh Mahkamah Syariah Kuala Terengganu, disini, semalam, kerana berkhalwat.

Selain itu, pasangan yang sudah berkahwin yang berusia 61 dan 48 tahun itu berdepan hukuman tiga bulan penjara sekiranya gagal menjelaskan denda.

Keputusan dibuat selepas tukang kasut dan tukang jahit itu mengaku bersalah berkhalwat di sebuah rumah tumpangan kira-kira jam 11.20 pagi, pada 9 November lalu.

Berdasarkan fakta kes, bertindak atas maklumat awam, pemeriksaan dibuat ke atas sebuah rumah tumpangan di Kubang Ikan, di sini.

Ketika sampai di lokasi, didapati pintu utama rumah tertutup rapat sebelum dibuka seorang lelaki selepas diketuk beberapa kali.

Hasil pemeriksaan selanjutnya, menemukan seorang wanita yang sedang bersembunyi di dalam tandas.

Sementara itu, di mahkamah sama, seorang gadis bersama pasangannya didenda RM2,600 atau dipenjara dua minggu selepas mengaku berkhalwat.

Gadis berusia 19 tahun itu bersama pasangannya berusia 24 tahun mengaku berkhalwat dalam rumah di Kampung Durian Burung, di sini, kira- kira jam 11.30 pagi, pada 17 Julai lalu.

Mengikut fakta kes, pihak polis membuat serbuan di sebuah rumah dan mendapati pintu bilik tertutup rapat serta dikunci dari dalam.

Polis mengarahkan agar tertuduh membuka pintu tetapi tidak diendahkan sebelum pintu bilik ditendang.

Pemeriksaan didalam bilik menemukan gadis itu yang berada diatas katil manakala pasangannya sedang bersembunyi di luar balkoni.

Kedua-duanya ditahan sebelum diserahkan kepada Penguatkuasa Syariah Kuala Terengganu, di sini.

Hakim Syarie membuat keputusan terhadap kedua-dua pasangan itu dibawah Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) (2001).

Bagi kesalahan kerana berkhalwat itu, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan kedua-dua kes dikendalikan Pendakwa Syarie, Nurul Hajja Mustafa.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");