Perak Hari Ini

Sudut Karyawan: Inisiatif Promosi, Martabat Industri Seni Anak Perak

IPOH: Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak (PPANPk) hari ini melancarkan Sudut Karyawan yang akan menempatkan profil anak-anak seni negara kelahiran Perak serta pelbagai karya yang dihasilkan.

Difahamkan, ia bukan sahaja menyediakan bahan-bahan seni secara fizikal malah pengunjung juga berpeluang mengetahui lebih lanjut menerusi paparan dan komputer berteknologi skrin sentuh.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Komunikasi dan Multimedia negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi berkata usaha murni itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri yang mahu meneruskan usaha dalam mempromosi dan memartabatkan lagi industri seni negeri.

Ujarnya, inisiatif itu juga dapat menarik minat golongan muda yang ingin menceburi bidang seni serta dapat meyakinkan mereka bahawa cabang bidang seni juga mampu menjana pendapatan.

“Stigma segelintir masyarakat kebiasaanya tidak ambil serius terhadap bidang seni ini untuk dijadikan sebagai satu kerjaya.

“Namun, melalui transformasi kerajaan negeri di mana kita akan cuba membantu bukan sahaja dari segi penyediaan dana dan kemudahan malah kita juga telah membuka peluang-peluang untuk mereka merealisasikan hasil-hasil karya mereka sebagai sumber pendapatan,” katanya.

Jelasnya lagi, negeri Perak juga sangat terkenal dengan kepelbagaian hasil-hasil seni antaranya seni kraf tangan seperti seni tekad, pembuatan alatan besi tradisional, seramik, dan labu sayong.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan pelancaran Sudut Karyawan PPANPk di bangunannya dekat sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Pengerusi Lembaga Pengarah PPANPk, Salbiah Mohamed.

Sudut Karyawan ini bakal menempatkan profil tokoh-tokoh seni negara seperti Datuk Mohd Nor Mohd Khalid atau Datuk Lat, Muhammad Haji Salleh, Baharuddin Zainal (Baha Zain), Tan Sri Jins Samsudin dan ramai lagi.

Selain itu, Nolee juga berharap lebih ramai lagi nama dan hasil seni anak Perak dapat diketengahkan di sudut berkenaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");