Perak Hari Ini

Sultan Nazrin Hadir Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina Perak

BIDOR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, berangkat menghadiri dan memeriahkan Majlis Santapan sempena Majlis Sambutan Tahun Baharu Cina 2018 di Dataran Arena Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Choong Hua 2 di sini hari ini.

Baginda berdua tiba pada jam 8.38 malam dan disambut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir serta isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli.

Turut berangkat Raja Dihilir Perak, Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda, Tunku Soraya Sultan Abdul Halim.

Majlis dimulakan dengan ucapan aluan Pengerusi Jawatankuasa Penganjur merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam, Integrasi Nasional dan Kampung Baharu negeri, Datuk Dr Mah Hang Soon.

Mah Hang Soon berkongsi harapan agar sambutan kali ini membawa seribu kebaikan dan mengelakkan dari segala keburukan.

“Semoga sambutan tahun baru pada kali ini didorong dengan satu azam dan tekad baru iaitu bersama-bersama menjayakan perubahan positif bagi negeri Perak yang kita cintai ini,” katanya.

Sultan Nazrin dan Tuanku Zara kemudian turut berkenan menggaul yee sang di pentas utama sebagai tanda meraikan sambutan Tahun Baharu Cina, serta meletakkan replika ang pau dan bunga emas simbolik perasmian.

Baginda kemudianya berkenan menyampaikan ang pau kepada kanak-kanak pelbagai kaum pada majlis berkenaan.

Kira-kira 5,000 rakyat pelbagai kaum hadir memeriahkan sambutan itu dalam suasana penuh harmoni dan meriah.

Majlis tambah meriah dengan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Cina antaranya tarian singa, nyanyian pelbagai lagu serta tarian tradisional.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");