Berita Hari Ini

Surau ‘Sempit’ Imam Bertanggungjawab Ringkaskan Solat

SHAH ALAM – Imam bertanggungjawab meringkaskan solat dengan membaca surah ringkas dan menyegerakan bacaan terutamanya di tempat-tempat yang mempunyai ruang solat yang terhad dan terpaksa bergilir-gilir untuk solat.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, sebagai contoh seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) di mana ramai yang berkejar-kejar waktu penerbangan.

“Selain hak ALLAH SWT yang wajib dipelihara, sebagai hamba ALLAH SWT kita juga punya hak sesama manusia untuk dijaga,” kongsinya di ruangan Facebooknya.

Dalam perkongsian itu, Asyraf turut memetik hadis mafhumnya; “Sesungguhnya aku sedang solat (pada suatu ketika), aku ingin memanjangkan (bacaan) pada solat itu, namun kemudiannya aku mendengar tangisan bayi, maka aku meringankan (meringkaskan bacaan) pada solatku itu, kerana aku tidak suka untuk memberati ibu bayi itu”. Hadith sahih riwayat Bukhari.

Asyraf turut mengucapkan syabas kepada semua yang melaksanakan tanggungjawab kepada ALLAH SWT walau di mana berada.

“Suasana di Musolla Pintu J4 KLIA2 pukul 6.10 pagi ini. #hidupkumilikummah #jangantinggalsolat,” katanya yang berkongsi sekeping gambar suasana berkenaa

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");