Perak Hari Ini

SWCorp Perkenal Modul Pengurusan Sisa Pepejal, Amalan 3R Peringkat Prasekolah

KUALA KANGSAR:Pendedahan kepada aspek penjagaan kebersihan dan alam sekitar yang diterapkan dalam sistem pembelajaran awal prasekolah diharap dapat membentuk generasi muda yang lebih berdisplin.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lubok Merbau, Datuk Siti Salmah Mat Jusak berkata pengenalan modul Pengajaran dan Pembelajaran Pengurusan Sisa Pepejal dan Amalan 3R merentasi kukurikulum Prasekolah oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) dan Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional (JPNIN) pada peringkat prasekolah dan tabika adalah satu inisiaitif cukup baik.

“Ia dapat menerapkan nilai murni dan kesedaran supaya anak-anak diperingkat awal persekolah dapat diperkenalkan dengan pendidikan asas yang dapat mendisiplinkan mereka mengenai kebersihan jadi pada peringkat lebih tinggi mereka akan mengamalkan kemahiran serta sikap menjaga kebersihan.

“Malah kerjasama dalam aspek pendidikan satu pendekatan yang baik kepada guru malah pihak sekolah boleh memikirkan pelbagai cara menambahkan pendidikan dan kesedaran seawal peringkat sekolah,” katanya selepas hadir merasmikan program pelancaran modul pengajaran dan pembelajaran Pengurusan Sisa pepejal & Amalan 3R merentasi kurikulum prasekolah peringkat negeri Perak dan majlis penganugerahan pertandingan kitar semula sekolah-sekolah peringkat Negeri Perak 2017 di Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II kuala Kangsar hari ini.

Sementara itu, Pengarah SWCorp Perak Fatimah Ahmad berkata modul tersebut telah diperkenalkan sejak tahun 2011 yang menerapkan kaedah mengunakan barangan kitar semula di peringkat sekolah rendah dan menengah menerusi penubuhan kelab dengan kerjasama dengan KPM pada sesi kokurikulum sahaja.

“Langkah ini menggalakkan pelajar membawa barangan yang boleh dikitar semula ke sekolah untuk diberi nilai tambah jadi ia juga memberi pendedahan kepada ibu bapa,guru, pelajar untuk membawa barangan kitar semula ke sekolah selain boleh dijadikan sebgaai punca pendapatan sampingan hasil penjualan barang tersebut,” katanya.

Malah katanya majlis penganugerahan pertandingan kitar semula sekolah-sekolah peringkat Negeri Perak (PERKISS) juga merupakan satu penghargaan kepada pihak sekolah, pelajar dan agensi terlibat yang menunjukkan hasil inovatif terbaik mengenai kaedah kitar semula.

“Anugerah ini turut memperkenalkan satu anugerah baru iaitu ikon kitar semula dan kita akan tampil dengan pelbagai pertandingan lain seperti pertandingan esei antara lain berusaha untuk membudayakan kitar semula di negara ini,” katanya.

Katanya sekolah merupakan satu ruang yang sesuai bagi mengalakkan pelbagai pihak mengamalkan sikap kitar semula.

Jelasnya lagi, SWCorp giat menjalankan program berbentuk kesedaran sebagai objektif utama yang melibatkan pelbagai peringkat masyarakat dan agensi termasuk juga kitar semula di setiap masjid di negeri ini.

“Program bukan sahaja melibatkan sekolah tetapi juga masjid, KRT, ahli majlis, jawatankuasa perwakilan penduduk yang jalankan program di peringkat komuniti masing-masing serta mewakili negeri pada peringkat kebangsaan,” katanya.

Terdahulu pada anugerah PERKISS 2017, kategori utama Sekolah rendah dimenangi oleh Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Sin Min Simpang Empat dan Sekolah menengah dimenangi oleh Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta Ipoh.

Manakala bagi Anugerah Khas Champion 3R kategori pendidik dimenangi Sekolah Kebangsaan Sultan Idris II kuala Kangsar iaitu Guru Besar Dayang Hamsiah Abang Mohtar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");