Berita Hari Ini

Tahun Baru Cina: Lebih 80 Peratus Tiket Bas Ke Pantai Timur Habis Terjual

KUALA LUMPUR: Majoriti tiket bas untuk perjalanan ke destinasi Pantai Timur bagi perayaan Tahun Baru Cina yang akan disambut 16 Februari ini, telah terjual lebih 80 peratus.

Memetik laporan Astro AWANI yang melakukan tinjauan di stesen bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) hari ini mendapati, tiket perjalanan dari Lembah Klang ke Kota Bharu dan Gua Musang pada tarikh 15 Februari telah habis terjual, manakala tiket ke Kuala Terengganu bagi perjalanan pada siang hari yang sama, masih boleh dibeli.

Tiket bagi perjalanan 16 Februari masih dijual, manakala bagi perjalanan 14 Februari, kira-kira 50 peratus tiket telah terjual.

Menurut petugas yang ditemui, kebanyakan warga kota telah mula menempah dan membuat pembelian tiket untuk bercuti pada Tahun Baru Cina, seawal Disember lalu.

Bagi perjalanan ke Utara dan Selatan, tiket masih boleh didapati namun bagi perjalanan pada malam 15 Februari, kebanyakan tiket telah habis dijual.

Pun begitu, penumpang yang mahu mendapatkan tiket dinasihatkan berbuat demikian secepat mungkin untuk mengelakkan situasi kelam kabut memandangkan penumpang ke kedua-dua destinasi berkenaan, terutamanya ke destinasi Johor Bahru dan Larkin, gemar membuat pembelian saat akhir.

Penumpang juga dinasihatkan membuat pembelian tiket melalui perkhidmatan pembelian atas talian atau e-ticketing menerusi laman web www.tbsbts.com.my, untuk memudahkan proses pembelian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");