Perak Hari Ini

Tak Akan Biarkan Proton Lenyap-PM

TANJUNG MALIM:Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan keyakinan bahawa Proton City di Tanjung Malim kini berada di persimpangan masa depan yang cukup cerah sebagai sebuah bandar automotif terkenal di negara ini.

Katanya, Tanjung Malim kini diambang perubahan cukup besar drastik yang bakal membangun dalam tempoh masa lima tahun akan datang.

“Selama ini Tanjung Malim agak malap sekarang berada di persimpangan masa depan yang cukup cerah dan terkenal dengan bandar pau sahaja sedikit masa lagi juga tersohor dengan proton city, automotif master, youth citynya pendek kata akan menerima perubahan cukup besar,” katanya semasa menyampaikan ucapan pada majlis pelancaran kluster automotif Nasional di Kompleks Sukan Proton City di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamad, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan.

Turut hadir Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Berhad Datuk Sri Syed Faisal Albar.

Katanya sebagai sebuah kerajaan dibawah kepimpinannya dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akan menjalinkan kerjasama erat supaya ia tidak menjadi impian kosong tetapi satu realiti yang menjadi kenyataan kelak.

“Selain daripada pelan transformasi untuk Bandar Tanjung Malim menjadi salah satu bandar terkenal dan termaju dalam negara kita melihat kerajaan bersama DRB-HICOM Bhd, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mempunyai hasrat untuk memulihkan Tanjung Malim serta Proton sebagai satu jenama yang berkaitrapat dengan Malaysia supaya tersohor di peringkat antarabangsa.

“Sejarah Proton tanpa perasaan emosi yang sempit keadaan yang menimpa Proton ini disebabkan model Proton dipaksikan kepada semangat ekonomi nasionalisme.

“Selama ini terlalu banyak campur tangan politik namun kita tak akan biarkan Proton tenggelam, kita tak akan biarkan Proton lenyap tetapi Proton perlu sokongan dokongan bantuan untuk dipulihkan,” katanya.

Katanya sebarang dakwaan yang menyatakan kerajaan melalui pimpinan Barisan Nasional (BN) tidak membantu Proton adalah satu pembohongan.

“Kita akan pulihkan Proton dan jika ada dakwaan kita tak tolong Proton ia adalah pendustaan, kita beri pinjaman, suntikan modal dan insentif kalau proton mahu maju tak ada pilihan melainkan rakan startegik

“Geely merupakan rakan strategik paling sesuai dan saya yakin dengan keputusan itu tepat berdasarkan pengeluarannya yang mencecah sekitar 1.5 juta setahun serta teknologi tinggi.

“Industri 4.0 kalau kita berada di tapuk lama kita tak mungkin boleh survive dalam persaingan semakin hebat dan berasaskan plan teknologi baru Tanjung Malim akan terus maju jadi jangan bimbang dan ragu komitmen kerajaan lebih jelas Proton akan menempa kejayaan lebih baik komitmen Kerajaan BN,” katanya.

Kluster automotif itu merangkumi pelan pembangunan bagi Bandar Belia 1Malaysia Youth City, rancangan edu city, hab automotif berteknologi tinggi, pemasangan kereta berjenama global dan pengeluaran kereta untuk pasaran eksport.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");