Perak Hari Ini

Tak Mahu Bertindak Seperti Pembangkang, Zambry Sudah Jangka Ada ‘Serangan’

MANJUNG:”Apakah saya perlu berada di tahap seperti mereka barisan pembangkang dengan mengeluarkan perkataan carut, kutukan dan pembohongan, saya tidak mahu bertindak seperti mereka mengenai perkara yang telah diberikan penjelasan,”tegas Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau katanya turut mengakui telah menjangka untuk berhadapan dengan serangan pembangkang terhadap dirinya sehingga menjelang pilihan raya umum kelak.

” Ia adalah salah satu strategi mereka di peringkat akhir sebelum pilihan raya mereka akan menyerang saya habis-habisan termasuk tiada perasaan malu dengan menyusung replika kereta kononnya kereta Audi itu milik saya seolah seronok dapat menimbulkan kemarahan rakyat pada saya.

“Pembohongan dan fitnah itu akan mereka lakukan bagi mengaibkan walaupun telah berkali-kali diberikan penjelasan

“Saya telah memberi penjelasan mengenai kereta tentang anugerah termasuk kisah pada tahun 2016 hingga pemberian bonus baru-baru ini turut digambarkan dan dipusingkan saya memperolehi lebih RM100,000 kesemua dijadikan bahan,” katanya kepada media selepas menghadiri sesi sembang santai bersama anak muda di dewan Dato Seri Kamaruddin di sini hari ini.

Katanya, pembangkang akan terus menyerang dan sekiranya tidak mereka berkemungkinan berhadapan kesukaran menghadapi pilihan raya kelak.

“Mereka perlu menyerang saya habis-habisan tanpa rasa malu dan berdosa tanpa perasaan langsung hanya boleh katakan bersedia untuk serangan berterusan smpai pilihanraya

“Saya juga telah ingatkan kepada semua berapa bulan yang lalu strategi mereka menyerang saya biarpun telah memberikan penjelasan.

“Nga Kor Ming memaki hamun saya, inilah tahap pembangkang apakah saya perlu berada di tahap seperti mereka dengan mengeluarkan perkataan carut, kutukan saya tak mahu bertindak seperti mereka,” katanya.

Beliau turut berharap rakyat dapat nilai jenis pemimpin yang ada dalam barisan pembangkang.

Katanya lagi, pihaknya akan tetap memberikan penjelasan kerana masih ada pihak yang keliru dan percaya mengenai pembohongan tersebut.

“Kita akan terus menjelaskan kerana sekiranya kita melakukan penyalahgunaan yang nyata dan kesalahan besar itu perlu kita takut tetapi dia lebih kepada persepsi mainkan isu ini supaya rakyat percaya,”katanya.

Malah Ketua Pembangkang Datuk Seri Nizar Jamaluddin disifatkannya bukan satu watak baru dalam pentas politik negeri ini.

“Nizar cakap soal agama daripada parti Amanah dakwa parti paling Islamik tetapi cuba lihat cara dia bercakap, berceramah memaki hamun tanpa rasa berdosa.

“Dia bukan watak baru dalam pentas politik Perak dan cara makin hamun sudah difahami oleh rakyat dan rakyat akan menilai apa yang diperkatakannya penuh dengan maki hamun, manipulasi fakta, pembohongan, fitnah dimainkan oleh manusia bernama Nizar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");