Berita Hari Ini

Tak Serbu Pejabat MB – SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan pihaknya melakukan serbuan ke atas Pejabat Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, semalam.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, berkata suruhanjaya itu hanya pergi ke lima syarikat, termasuk sebuah firma guaman bagi membantu siasatan berhubung isu penjualan tanah di Ijok, Kuala Selangor.

“Saya pun tidak tahu dari mana sumber berita dikeluarkan. Sebenarnya tiada serbuan dibuat di pejabat menteri besar atau di pejabat kerajaan.

“Berdasarkan maklumat baharu yang kita terima, pihak SPRM telah pergi ke lima syarikat, termasuk satu firma guaman dan menyita dokumen yang diperlukan bagi membantu siasatan.

“Itu tindakan yang kita ambil setakat ini. Jadi, mengenai serbuan di pejabat menteri besar itu semua adalah berita palsu,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Terdahulu, Dzulkifli hadir ke mesyuarat Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah, yang dipengerusikan Tan Sri Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim.

Mengulas lanjut, Dzulkifli berkata, pasukan penyiasat SPRM sedang meneliti dokumen yang disita dan akan mengambil tindakan sewajarnya.

Sebelum ini, dilaporkan timbul persoalan berhubung tindakan kerajaan negeri Selangor menyerahkan kembali tanah di mukim Ijok kepada dua syarikat pemaju, yang kemudiannya menjual tanah itu kepada pihak ketiga mengikut harga pasaran berjumlah RM1.18 bilion sedangkan pampasan diterima peneroka hanya kira-kira RM420 juta. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");