Perak Hari Ini

Tertipu Dengan Pembelian Emas Atas Talian, Wanita Rugi RM3032

IPOH: Seorang wanita berasa tertipu dengan sebuah perniagaan jual beli emas menerusi laman sosial Facebook selepas mendapati barang yang dibelinya tidak sampai kepadanya.

Malah katanya, bungkusan Pos Laju yang sepatutnya mengandungi seutas rantai tangan bernial RM3032 yang diterima pada 1 Februari lalu, didakwa kosong.

Noor Suhana Harun, 36, berkata dia tertarik tawaran jual beli emas dalam sebuah ‘group’ di Facebook.

Berikutan percaya akan maklum balas positif dalam group terbabit, pada 15 Disember tahun lalu, dia mula berusan dengan seorang penjual menerui laman sosial berkenaan tentang urusan ‘trade in’ emas.

 

Penjual yang didakwa berasal dari Terengganu itu kemudian memaklumkan barang kemasnya itu bernilai RM1643.

Suhana kemudianya memaklumkan kembali bahawa dia berminat untuk mendapatkan seutas rantai tangan berharga RM2822 dan terus memasukan wang sebanyak RM1188 ke dalam akaun penjual itu.

Oleh kerana terpengaruh dengan tawaran lain, dia kemudianya meminta untuk menukar jenis rantai tangan lain bernilai RM 3023 yang mana Suhana mendakwa harus menambah bayaran sebanyak RM210.

Penjual tersebut didakwa turut mempromosikan seutas rantai leher bernilai RM 660, dan Suhana bersetuju untuk membelinya.

 

Suhana berkata dia telah meminta kepada penjual untuk menghantar kedua-dua barang kemas itu ke dalam satu bungkusan sahaja.

Pada 25 Januari lalu, dia berkata hanya menerima seutas rantai leher sahaja dan bukan rantai tangan sebagaimana yang dijanjikan.

“Saya tanya kepada dia tentang hal ini dan dia cakap rantai tangan itu merupakan urusan pembekal.

“Saya minta trackking number (nombor pengesanan) untuk rantai tangan, pada hari tersebut, pada minggu hadapan baru dia beri kepada saya.

“Saya katakan kepadanya jika tiada barang, saya mahu kembali duit saya,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di Jalan Lim Bo Seng, dekat sini, pada Selasa.

Jelasnya, ketika bungkusan kedua itu sampai, dia merasa curiga kerana teralu ringan dan sebelum membukanya, Suhana meminta agar pekerjanya merakam dia membuka bungkusan tersebut.

Demi mahu akan penjelasan dan pendapat, Suhana kemudian berkongsi video tersebut di group Facebook berkenaan, tanpa menyebut nama penjual tersebut.

 

Malangnya, dia mendakwa dirinya dihujai komen-komen negatif termasuk cemuhan menerusi mesej Facebook peribadinya.

Dakwanya, salah seorang individu tidak dikenali, yang dipercayai seorang anggota penguatkuasa turut ‘menyerangnya’ pada ruangan komen di laman sosial berkenaan.

Dia kemudianya membuat telah laporan polis di Balai Polis Sungai Senam, pada semalam.

Ketua Pusat Khidmat dan Aduan Barisan Nasional Perak, Mohd Rawi Abdullah yang turut hadir berkata, orang ramai seharunya berhati-hati dengan sebarang urusan pembelian barangan menerusi atas talian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");