Berita Hari Ini

‘Tiada Ruang Untuk Kapitalisme Kroni Dalam Pentadbiran Saya’ – PM Najib

KUALA LUMPUR: Tiada ruang untuk kapitalisme kroni wujud dalam urustadbir Kerajaan dan ekonomi pada era kini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, fokus utama Kerajaan di bawah pentadbirannya adalah untuk memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya daripada ekonomi negara.

“Kami sedar pada masa kini, era kapitalisme kroni yang lalu tidak boleh diteruskan dan fokus diberikan kepada urustadbir korporat digabung dengan visi jelas dalam pengurusan ekonomi.

“Kami komited dalam memastikan perniagaan dan institusi bukan sahaja memberi manfaat kepada komuniti tempatan, tetapi juga beroperasi pada tahap urustadbir tinggi,” katanya lapor Astro Awani.

Beliau berkata demikian ketika ucapannya di Simposium Pasaran Modal Dunia (WCMS) 2018 di sebuah hotel di ibu kota hari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");