Perak Hari Ini

Timbalan Perdana Menteri Lulus Cadangan Naik Taraf Jeti Hutan Melintang

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini berkesempatan hadir dan beramah-mesra dengan penduduk Hutan Melintang, di sini.

Beliau tiba diperkarangan Jeti Hutan Melintang sekitar jam 9.30 pagi tadi.

Ahmad Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk, turut berkesempatan menjaman juadah sarapan pagi bersama-sama sekitar 100 orang yang hadir.

Selapas itu, beliau juga berkelapangan meninjau keadaan Jeti Hutan Melintang dan bersetuju terhadap cadangan menaiktaraf jeti tersebut dengan peruntukan RM280,000, sebagaimana dipohon Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebelum ini.

Kemudianya, Ahamd Zahid turut merasmikan Chalet Tok Cardeen yang terletak berhampiran jeti Hutan Melintang itu.

Rata-rata orang ramai yang hadir meluahkan rasa keterujaan mereka kerana dapat bersua lebih dekat dengan Timbalan Perdana Menteri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");