Perak Hari Ini

TPM Saran Sekolah Agama, Tahfiz Adakan Latihan Keselamatan

BAGAN DATUK: Timbalan Perdana Menteri menyarankan agar sekolah agama dan tahfiz seluruh negara mengadakan latihan keselamatan sekurang-kurangnya setahun sekali bagi membendung sebarang insiden yang tidak diingini daripada berlaku.

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata sekolah terbabit harus mengadakan latihan tersebut dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Tambahnya, ia harus selari dengan panduan yang terdapat dalam Buku Panduan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Untuk Sekolah Tahfiz, yang dilancarkan hari ini.

“Saya minta sila buat latihan. Jangan hanya baca dan letak.

“Ataupun, apabila berlaku kejadian yang tidak dingini, baru nak tengok buku. Ianya sudah terlambat,” katanya.

Tambah Ahmad Zahid, inisiatif dalam mewujudkan buku panduan tersebut adalah sebagai satu bukti bahawa kerajaan serta agensi-agensi terlibat sentiasa memberi perhatian kepada institusi pendidikan agama Islam.

“Ini adalah komitmen kita, tanpa mengenepikan aliran pendidikan lain, yang mahu melihat intitusi pendidikan ini sentiasa berada di garisan hadapan.

“Kita tidak mahu melihat sistem pendidikan agama terpinggir,” ujarnya.

Jelasnya lagi, antara agensi yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini ialah Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (NIOSH), Jabatan Tenaga Manusia melalui Institusi Latihan Perindustrian, Giatmara, Pusat Latihan Belia dan sebagainya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar Pengurusan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Untuk Sekolah Tahfiz 2018 di Sekolah Menengah Agama (SMA) Irshadiah Addiniah, dekat sini, pada Sabtu.

Majlis turut dihadiri, Pengerusi NIOSH, Tan Sri Lee Lam Thye; Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr Ismail Abd Mutalib; serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup, Datuk Shahrul Zaman Yahya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");