Isu Panas

Tun M Mampu Bawa Tsunami Melayu

PEMILIHAN Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan), Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri sekiranya Harapan berjaya mengambil alih tampuk pemerintahan daripada BN adalah untuk meraih undi daripada dalam kalangan pengundi Melayu.

Ketua Setiausaha Sekretariat Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, Tun Mahathir mampu bawa Tsunami Melayu dalam PRU kali ini, bagaimanapun, Harapan kemungkinan pada masa yang sama juga akan kehilangan undi masyarakat Cina.

“Pengundi luar bandar walaupun kenali Lim Kit Siang, tetapi mereka lebih kenal Mahathir daripada Kit Siang.

“Oleh itu, jika mahu menambahkan sokongan Melayu, Tun Mahathir adalah calon yang paling layak,” kata Saifuddin ketika ditemubual oleh China Press.

Menurut  Saifuddin lagi, Tun Mahathir bukan sahaja dapat mempengaruhi pengundi Melayu, malahan mampu memasuki kawasan Felda.

“Mungkin  pemimpin-pemimpin lain dalam Harapan tidak mampu memasuki kawasan Felda, ini termasuklah Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali,” katanya.

Bagaimanapun, Saifuddin tetap mengakui Mohamed Azmin sebagai tokoh muda yang berwibawa.

Beliau berkata,  terdapat  54 kerusi parlimen berada dalam kawasan Felda, oleh itu, pemilihan pengundi di Felda akan sedikit sebanyak mengubah kedudukan parti politik yang bertanding.

Saifuddin mengakui ada pihak tertentu yang membantah pemilihan bekas perdana menteri ini sebagai calon perdana menteri, maka Harapan mengambil keputusan untuk membuat pengumuman lebih awal kerana ingin memberikan penjelasan kepada orang ramai.

“Tun Mahahtir walaupun sudah berusia 93 tahun, tetapi umurnya tidak menunjukkan beliau uzur. Beliau masih bertenaga dan yang lebih penting ialah pengalaman dan ketokohannya,” katanya.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");