Berita Hari Ini

Usah Terperdaya Berita Palsu Video Latih Amal PDRM

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak mudah terperdaya dengan video latih amal yang ditularkan dengan berita palsu kononnya berlaku situasi gempar atau ketidaktenteraman awam.

Pengarah Jabatan Pengurusan PDRM, Datuk Seri Abdul Ghafar Rajab, berkata bagi memastikan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) berjalan lancar, pihaknya sedang melakukan pelbagai persiapan, termasuk mengadakan kursus dan latih amal.

“Latih amal ini bertujuan memastikan setiap pegawai dan anggota ditugaskan, mampu menjalankan tanggungjawab dengan efisien serta profesional.

“Oleh itu, jangan mudah terperdaya dengan video latih amal ditularkan. Tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu menyebarkan berita palsu diikuti video latih amal itu, jelas mampu menimbulkan kegusaran dalam kalangan masyarakat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini lapor Berita Harian.

Abdul Ghafar berkata, selain kursus dan latih amal, polis juga memastikan keperluan logistik dan keanggotaan mencukupi demi membantu kelancaran proses pilihan raya.

Katanya, cuti bagi pegawai dan anggota PDRM akan dibeku bagi membolehkan mereka mengikuti pelbagai bentuk latihan serta kursus dalam tempoh ditetapkan.

Beliau berkata, langkah itu bertujuan memastikan mereka berada dalam kesiapsiagaan tinggi apabila tarikh PRU-14 diumumkan kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");