Perak Hari Ini

Usaha PBT Sia-Sia Jika Masyarakat Sendiri Belum Sedar Kepentingan Kebersihan

Tiada guna Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) laksana kempen kesedaran jika masyarakat sendiri tidak peka dengan aspek kebersihan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan bahawa pihak PBT telah melaksanakan tugas dalam memastikan negeri itu dalam keadaan yang bersih namun dek kerana sikap masyarakat maka usaha itu hanyalah sia-sia.

Justeru beliau mengharapkan agar masyarakat dapat berubah sikap dengan tidak membuang sampah sesuka hati.

“Kita mahu Bandar Ipoh bersih namun apa guna nya jika pihak MBI turun padang dan bersihkan kawasan tertentu tetapi selepas itu masyarakat tetap membuang sampah merata-rata.

“Ubah sikap dan pentingkan kebersihan. Itu yang penting,” katanya pada sidang media selepas Program Penanaman Pokok Ipoh dan Sarapan Pagi di Dataran Stesen KTM Ipoh/ Depan Ipoh Townhall dan Gerai Dato Sagor, disini, hari ini.

Menerusi program berkenaan Zambry berkesempatan menanam semula Pokok Ipoh yang sebelum ini tumbang dek kerana faktor usia.

Jelas beliau, Pokok Ipoh sebelum ini mempunyai nilai sejarah yang tersendiri negeri Perak serta menjadi lambing kepada MBI.

“Tahun lalu Pokok Ipoh tumbang disebabkan oleh usia yang sangat lama dan sebentar tadi kita telah menanam spesies pokok Ipoh yang baru.

“Dan kita harap pokok ini akan terus tumbuh subur untuk masa hadapan dan menjadi lambang kepada MBI.

“Sehubungan dengan itu juga, kerajaan negeri menerusi MBI akan mengambil perhatian dalam menjadikan Ipoh sebagai bandar yang bersih dan tersusun.

“Kelemahan-kelemahan yang ada perlu diperbaiki serta lanskap yang ada juga akan diperindahkan lagi, sesuai dengan kedudukan dan juga latar belakang kita,” katanya lagi.

 

 

 

 

 

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");