Membawang Hari Ini

Video 2 Minit,Buat Peminat Minta Nazrey (Raihan) Kembali Menyanyi

SEJAK petang Jumaat lalu nama bekas vokalis kumpulan nasyid terkenal Raihan iaitu Nazrey Johani kembali menjadi sebutan peminat.

Ini semua gara-gara sebuah video berdurasi dua minit menyaksikan Nazrey mendendangkan lagu Iman Mutiara menyentuh hati netizen yang sudah lama tidak mendengarnya suara lunaknya lapor Mstar Online.

Mana tidaknya, sejak meninggalkan Raihan hampir 12 tahun lalu, Nazrey jarang muncul mengadakan persembahan pentas dan lebih menumpukan perhatian kepada aktiviti ceramah dan motivasi.

Selain itu, Nazrey juga giat membangunkan pusat Al-Tahfiz Bayu Syahadah di kampung halamannya di Ranau, Sabah.

Kemunculan video tersebut sedikit sebanyak mengubat kerinduan peminat yang ingin mendengar suaranya.

Malah ramai menyifatkan Nazrey masih ‘bertaring’ kerana suaranya masih sama seperti zaman kegemilangan bersama Raihan sebelum ini.

Rata-rata juga meminat agar Nazrey kembali aktif menyanyi selain ada juga meminta dia kembali bersama Raihan dan menghidupkan kembali zaman kegemilangan nasyid dalam industri muzik.

Untuk rekod, album pertama kumpulan itu, Puji-Pujian terjual sebanyak 3.5 juta unit di seluruh dunia menjadikan ia album paling laris di Malaysia.

Nazrey meninggalkan Raihan pada tahun 2005.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");