Berita Hari Ini

Wanita Arab Saudi Boleh Berniaga Tanpa Kebenaran Mahram

RIYADH: Wanita Arab Saudi kini dibenarkan untuk menjalankan perniagaan sendiri tanpa perlu meminta kebenaran suami atau saudara lelaki, selaras usaha kerajaan bagi mengembangkan sektor swasta.

Pengumuman pada Khamis lalu itu juga disifatkan sebagai satu lagi langkah ke arah perubahan berbanding amalan sistem mahram sejak berdekad lalu.

Menurut Kementerian Perdagangan dan Pelaburan di dalam laman sesawang rasminya, wanita akan mendapat manfaat e-perkhidmatan daripada kerajaan tanpa perlu membuktikan mereka mendapat keizinan penjaga lapor Mstar Online.

Sebelum ini, mengikut sistem mahram Arab Saudi, wanita dikehendaki untuk mengemukakan bukti kebenaran daripada penjaga lelaki, terutamanya suami, bapa atau abang untuk melakukan apa sahaja dokumen kerajaan, perjalanan serta pendaftaran kelas.

Putera Mahkota Mohammed Salman telah memimpin usaha untuk memperluaskan peranan wanita dalam bidang sumber manusia dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.

Walaupun wanita masih berdepan pelbagai sekatan dalam kerajaan Islam ultra konservatif itu, pejabat pendakwa raya Arab Saudi berkata ia akan mula merekrut penyiasat wanita buat kali pertama.

Selain itu, kerajaan negara itu juga membuka 140 jawatan untuk wanita di lapangan terbang dan lintasan sempadan, yang pertama seumpamanya dan telah memperoleh sehingga 107,000 permohonan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");