Berita Hari Ini

Wanita Tidak Dipinggir Zaman Najib

KOTA TINGGI – Kenyataan Pengerusi Pakatan Harapan (Harapan) Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengatakan menteri wanita yang berada dalam kabinet pada masa kini diberi jawatan yang tidak begitu penting dilihat sebagai tidak ‘gentleman’.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, kenyataan bekas perdana menteri itu menyatakan Datuk Seri Najib Razak tidak memberi keutamaan kepada kaum wanita adalah tidak adil.

“Saya baca kenyataan Tun bahawa menteri kabinet wanita dalam zaman Datuk Seri Najib tidak mempunyai portfolio penting sebab tidak wujud kementerian yang lebih relevan.

“Saya agak terkilan dengan kenyataan beliau kerana setakat ini ada tiga wanita di kabinet. Bila jadi menteri kabinet tak kisah apa-apa kementerian atau Jabatan Perdana Menteri yang penting kita jalan dan laksanakan kerja yang sama dengan menteri-menteri lain.

“Saya lihat Datuk Seri Najib, Perdana Menteri yang sangat peka dengan isu wanita. Contohnya terhadap isu wanita dan keluarga antaranya melalui kewujudan akta jenayah seksual kanak-kanak, mahkamah jenayah seksual khas yang diwujudkan untuk beri fokus isu wanita dan kanak-kanak,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Program Jelajah Pengerang 2018 dan Perasmian Kelab Usahawan Sahabat Ikhtiar Pengerang di Stadium Bandar Penawar.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan Mahathir semasa ceramah mingguannya, ‘Policy Talk’ di Facebook baru-baru ini mengkritik perdana menteri kerana gagal melantik lebih ramai wanita dalam kabinet sebagai usahanya memancing pengundi wanita.

Mahathir berkata menteri wanita yang berada dalam kabinet diberi jawatan yang tidak begitu penting.

Beliau juga memaklumkan sekiranya Harapan berjaya mengambil alih kerajaan persekutuan, pakatan itu akan meletakkan lebih ramai wanita di dalam kerajaannya.

“Jika Tun mengatakan Datuk Seri Najib tidak peka terhadap isu wanita mengapa pada zaman beliau menjadi perdana menteri pindaan tersebut (isu wanita dan keluarga) tidak diwujudkan. Bagi saya ini adalah kenyataan yang tidak gentelman,”katanya lagi.

Mengulas lanjut tentang dakwaan Naib Presiden PKR, Dr Shaharuddin Badaruddin bahawa BN berkemungkinan hilang kuasa di empat negeri termasuk Johor, Azalina berkata beliau yakin melalui persediaan positif dan proaktif dilakukan di peringkat negeri apa dikatakan pembangkang itu akan sekadar menjadi dakwaan semata-mata.

Jelasnya, pengundi pada hari ini semakin muda dan cabaran harus hadapi adalah cabaran sosial media komunikasi termasuklah percakapan antara pengundi dan calon, yang mungkin menggunakan pendekatan agak lain.

“Kalau nak buat anggaran BN akan kalah, bagi saya tunggulah pilihanraya nanti. Bagi yang memberi komen BN akan kalah empat negeri ni, beritahu apa dia nak buat (jika tak tepat)? Nak makan kasut ke? Nak makan topi ke? Nak jalan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang ke? Beritahulah kalau dia hebat sangat dalam penilaian dia tu,” katanya lagi.-Sinar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");