Jenayah

Warga Pakistan Didenda RM4,000 Kerana Mencabul

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki Pakistan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencabul seorang wanita tempatan pada 8 Februari lalu.

Tertuduh, Haris Mohamad Moin, 25, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Siti Hajar Ali.

Tertuduh didakwa mencabul seorang wanita berusia 23 tahun di dalam sebuah bas ekspres di Tampoi, di sini kira-kira pukul 7 pagi.

Memetik laporan Utusan Online, tertuduh didakwa telah mencucuk pinggang dan memegang tangan wanita tersebut ketika mereka sedang berdiri di dalam bas berkenaan.

Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");