Perak Hari Ini

Zambry Santuni 700 Masyarakat Cina

PULAU PANGKOR: Lebih daripada 700 orang masyarakat Cina diraikan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir dalam Majlis Penyampaian Angpau Tahun Baru Cina 2018 di Arena Pangkor Pasir Bogak, dekat sini, hari ini.

Difahamkan acara seumpama ini lazim dilakukan Zambry semenjak 14 tahun yang lalu sebagai wakil rakyat di sini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Udangan Negeri (ADUN) Pangkor, berkata keharmonian masyarakat di sini harus dijaga dan jangan biarkan sebarang anasir luar menganggu-gugat keamanan yang dinikmati sejak sekian lama.

“Jangan beri peluang pada orang untuk tunjuk kepada kita apa yang kita perlu lakukan.

“(Disebabkan dia orang luar) Dia pun selepas menang (jadi wakil rakyat), dia akan jarang turun ke sini. Boleh jadi setahun sekali atau hanya tiba pada musim pilihanraya,” katanya ketika berucap merasmikan majlis.

Jelasnya, rakyat harus bijak memilih pemimpin yang sering bekerja untuk rakyat berbanding pemimpin yang hanya gemar mencari maki serta melemparkan fitnah kepada pihak lawan.

Terdahulu dalam majlis berkenaan beliau turut menyampaikan sumbangan RM500 kepada persatuan-persatuan NGO Cina di sini.

Zambry juga berkesempatan beramah-mesra serta meluangkan masa bersarapan bersama penduduk setempat.

Turut hadir, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Manjung (MPM), Datuk Mohamad Fariz Mohamad Hanip; Pegawai Eksekutif Yayasan Bina Upaya, Datuk Ismail Saffian; serta Ahli Majlis MPM, Datuk Beh Chew Ning.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");