Membawang Hari Ini

Zayn Malik Peminat Fanatik Shah Rukh Khan

Semua peminat Zayn Malik tentu tahu yang anggota kumpulan One Direction ini mengidolakan aktor Bollywood Shah Rukh Khan (SRK) dan semua karya aktor Bollywood itu.

Lebih manis dia turut berkongsi dan ‘memperkenalkan’ SRK kepada Gigi Hadid dan membawa kekasih hatinya itu menonton filem lakonan Shah Rukh yang bertajuk Devdas.

Zayn berkata, dahulu dirinya bukanlah penggemar SRK malah dia pernah menilai hero hindustan itu sebagai seorang yang sombong. Namun persepsi dan perasaannya terhadap Shah Rukh Khan berubah selepas dia bertemu dengan lelaki itu.

“Saya bukanlah peminat dari Shah Rukh Khan sampailah saya bertemu dengan beliau. Saya menyedari dia seorang yang merendah diri.

“Dia benar-benar menunjukkan sisi berbeza daripada dirinya yang seorang yang sombong dalam kebanyakan filemnya. Namun ketika saya bertemu dengannya, dia sangat baik. Dia benar-benar mengubah pendapat saya tentang dirinya,” kata Zayn seperti yang dilaporkan Bollywood Life.

Sebenarnya perkara tersebut bukanlah sesuatu yang mengejutkan karena ramai orang tahu itulah pesona SRK yang berjaya mencuri hati ramai peminatnya.

Sementara itu anak-anak Shah Rukh Khan sendiri, iaitu Suhana dan Aryan merupakan peminat Zayn.

Sebelum ini, ketika sesi #AskSRK dimana Shah Rukh Khan memberi peluang kepada peminat mengajukan pertanyaan kepada dirinya, seorang peminat pernah menyebut mengenai Zayn yang meminati dirinya.

“Dia (Zayn) sangat manis. Dia membuat saya terkenal di kalangan anak-anak saya setelah berfoto bersama saya,” balas SRK.

Zayn Malik dan Shah Rukh Khan pernah bertemu di anugerah Asian (Asian Awards) dan keduanya pernah merakamkan foto selfie bersama. Foto selfie tersebut viral serta mendapat like terbanyak di media sosial Twitter.-MD

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");