Sukan Hari Ini

Zulfahmi Hanya Perlu ‘Potong’ KIP

SEPANG: Zulfahmi Khairuddin yang akan berlumba dalam kancah Moto2 musim ini perlu menyaingi menyaingi rakan senegara, Khairul Idham Pawi (KIP) sebagai petunjuk prestasi utama (KPI) pada penampilan pertamanya.

KPI itu diletakkan Ketua Pegawai Eksekutif Litar Antarabangsa Sepang (SIC), Datuk Razlan Razali selepas bekas pelumba Moto3 itu diumumkan sebagai pengganti Hafizh Syahrin Abdullah dalam pasukan SIC Racing Team.

“Dia pelumba ‘baharu’ dalam Moto2 tahun ini,” kata Razlan lapor Berita Harian.

“Jadi sasaran itu bukanlah kepada catatan sepusingan terbaik.

“Dia seorang yang mempunyai kedudukannya tersendiri dan paling minimum, dia kena bersaing dengan Khairul Idham Pawi.”

Sebelum ini, SIC meletakkan sasaran tinggi kepada Hafizh, perlu menamatkan saingan dalam kelompok lima pelumba terbaik bagi musim Moto2 2018.

Selasa ini, Zulfahmi bakal membuat kemunculan pertamanya bersama SIC Racing pada ujian rasmi Moto2 selama tiga hari di di Litar Ricardo Tormo di Valencia, Sepanyol.

Sekiranya spekulasi mengenai Hafizh benar, pelumba berusia 23 tahun itu bakal bersama pasukan baharunya di Litar Antarabangsa Buriram, Thailand bagi ujian rasmi MotoGP pada 16 hingga 18 Februari ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");