Jenayah

1.1 Tan Daun Ketum Dirampas

SADAO: Polis Sempadan dan Pejabat Perhutanan di selatan Thailand menemukan 1.1 tan daun ketum di kawasan hutan di sempadan Malaysia-Thailand berhampiran negeri Perlis.

Menurut Kapten Prawing Mongkon daripada Polis Sempadan Sadao, daun ketum itu dipercayai diseludup masuk ke Thailand dari Perlis menggunakan laluan tikus di Bukit Khao Nam Khan yang bersempadan dengan negeri utara Malaysia itu.

“Kami terpaksa mengambil masa lima jam untuk memunggah kesemua daun ketum itu ke jalan besar,” katanya kepada pemberita hari ini dan menambah, tiada tangkapan dilakukan lapor Bernama.

Seorang pegawai Pejabat Perhutanan Sadao berkata, disebabkan kedudukannya yang berdekatan dengan sempadan, kawasan Bukit Khao Nam Khan memang dikenali sebagai lokasi penyeludupan barangan dan manusia.

Menurut beliau, lokasi penemuan daun ketum itu juga terletak tidak jauh daripada kubur-kubur etnik Rohingya yang menjadi mangsa kepada sindiket penyeludupan manusia kira-kira tiga tahun yang lepas.

Katanya, permintaan daun ketum yang tinggi di selatan Thailand dikenal pasti sebagai punca di sebalik peningkatan penyeludupan daun itu daripada seberang sempadan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");