Perak Hari Ini

194 Keluarga Terjejas Ribut Hilir Perak Terima Bantuan Tabung Bencana Daerah

SITIAWAN:Kerajaan Negeri melalui Tabung Bencana Daerah telah menyalurkan sekitar RM100,000 kepada 194 pemilik rumah yang terjejas ribut di dua DUN di Hilir Perak semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air Negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, ribut yang berlaku pada Isnin lalu melibatkan Daerah Hilir Perak iaitu di Sungai Manik, 139 keluarga dan kawasan Changkat Jong sebanyak 55 keluarga.

“Bantuan telah disampaikan kepada semua mangsa ribut sumbangan melalui tabung bencana daerah semalam dan tabung tersebut adalah insiatif daripada Menteri Besar disalurkan kepada daerah untuk dimanfaatkan secara segera tanpa perlu memohon kelulusan melalui pegawai daerah disalurkan kepada adun di setiap kawasan,” katanya pada Program Ziarah Kasih Perakfm Prihatin bersama Masyarakat di Kampung Sitiawan, di sini hari ini.

Terdahulu beliau turut membantu bergotong-royong membersihkan rumah penerima bantuan seorang ibu tunggal Faridah Said yang menjaga ibunya yang sakit serta tiga orang anaknya dalam serba kekurangan.

Program tersebut merupakan anjuran Perak FM, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan beberapa agensi lain.

Zainol berkata lagi, masih terdapat segelintir pihak yang kurang jelas bahawa kerajaan negeri membantu menampung keseluruhan kos sebaliknya sumbangan ikhlas itu hanya meringankan bebanan yang ditanggung mangsa-mangsa ribut bukannya keseluruhan tetapi hanya sebahagian kos tersebut.

“Kita faham ada kes mengakibatkan habis keseluruhan bumbung rumah tapi pada masa yang ada juga bantuan lain daripada agensi lain dan Persatuan Bukan Kerajaan (NGO) dari segi wang ringgit dan tenaga.

“Tabung bencana daerah adalah inisiatif awal tak tunggu proses biasa yang mengambil masa yang lama dan melaluinya dapat diatasi dalam tempoh tiga minggu jadi sumbangan ini dapat digunakan menampung kos kehidupanada yang terjejas hingga tidak dapat bekerja.

“Mereka perlu buat laporan polis untuk bukti bagi mendapatkan maklumat sahih mengelakkan pihak yang cuba mengambil kesempatan.

“Harap masyarakat faham prosedur kewangan ditetapkan dan bantuan tersebut tanda keprihatinan kerajaan terhadap mangsa terlibat,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");