shadow

KUANTAN – Seorang guru Maahad Tahfiz, di sini, membuat laporan polis berkaitan 21 pelajarnya yang dipercayai telah didera secara seksual oleh suspek dikenali sebagai seorang pemberi sumbangan, kelmarin.

Sinar Harian difahamkan, guru tersebut telah membuat laporan di Balai Polis Daerah Kuantan, kelmarin.

Berdasarkan butiran laporan itu, kejadian melibatkan pelajar lelaki berumur antara 14 hingga 17 tahun yang dipaksa suspek melakukan hubungan seksual sejenis, diliwat dan menghisap kemaluan lelaki berkenaan.

Dalam pada itu, kesemua mangsa turut di pukul dan diugut bunuh sekiranya perkara dilakukan itu terbongkar kepada pengetahuan orang lain.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali telah mengesahkan laporan tersebut dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.-Sinar

Komen & Pendapat