Perak Hari Ini

250 Ahli PKR Keluar Parti 

PANGKOR:Kecewa dengan perjuangan PKR yang disifatkan tidak konsisten dan tidak puas hati dengan kepimpinan PKR Cabang Lumut mendorong kira-kira 250 ahli PKR Ranting Pangkor Dan Pasir Bongak di sini mengambil keputusan meninggal parti itu.

Diketuai Ketua Ranting Pulau Pangkor, V.Subramaniam berkata kesemua mereka menyerahkan borang keluar parti sejak 25 Mac yang lalu.

Berikutan tindakan itu sekaligus menyebabkan ranting bagi kedua-dua kawasan itu runtuh dan dibubarkan.

“Ahli Parlimen Lumut sendiri tidak hadir meninjau kebajikan dan keperluan masyarakat India di Pulau Pangkor.

“Kami serta merta meletakkan jawatan bagi kedua-dua ranting ini kerana kecewa dengan PKR Cabang Lumut yang tidak mengambil perhatian serta tidak turun padang mengambil tahu nasib kami.

“Kami kecewa dan tersilap kerana memberi sokongan kepada dia (ahli parlimen) tetapi tidak menyokong calon tempatan.

“Wakil rakyat itu hanya datang menjenguk kami pada bulan 10 tahun lepas dan kemudian tidak muncul-muncul,”katanya dalam satu sidang media di Hotel Seri Bayu di sini hari ini.

Malah jelas beliau, kesemua 250 orang bekas ahli PKR majoritinya masyarakat India itu telah sebulat suara untuk menyertai Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan (NGO) baru yang diberi nama Persatuan Anbudamai menyokong kepimpinan kerajaan.

Katanya lagi, pertubuhan yang diketuai Pengerusinya, Shawal Hamid Pitchai Nagoor Samsu itu telah mula diwujudkan sejak lima bulan lalu.

Katanya sokongan akan diberikan kepada siapa sahaja calon Barisan Nasional yang akan dikemukan pada pilihan raya umum ke -14 (PRU-14) dan bersedia membantu jentera.

Sementara itu Pengerusi Pertubuhan Anbudamai, Shawal berkata akan mengadakan perbincangan dalam masa terdekat dengan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir bagi meminta bantuan berkaitan masyarakat India di Pangkor.

“Kami akan meminta pertolongan daripada Menteri Besar bagi mendapatkan bantuan buat masyarakat India.

“Pertubuhan akan bekerjasama dengan kepimpinan BN dan menyatakan sokongan penuh kepada Adun Pangkor Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");