Jenayah

3 Polis Bantuan Pukul ‘Bomoh’ Ditahan

MELAKA TENGAH – Polis menahan tiga polis bantuan yang terlibat dalam kes memukul seorang pengamal perubatan di Pulau Besar pada Februari lalu.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk Sun Teoh Tia, berkata, ketiga-tiga suspek yang bekerja di sebuah lapangan terbang di Nilai, ditahan polis lebih kurang jam 3 hingga 4 petang semalam, di tiga lokasi berasingan di Selangor.

Menurutnya, mereka dipercayai memukul seorang individu yang didakwa sebagai pengamal perubatan dengan menggunakan kayu di Kubur Tujuh Beradik sekitar jam 10.30 malam, 27 Februari lalu.

Bagaimanapun katanya, polis masih menjalankan siasatan selain sedang giat mengesan 10 orang individu lain yang turut terlibat dalam kes pukul tersebut.

“Kita difahamkan kes pukul itu berlaku disebabkan salah faham di antara polis bantuan itu dan mangsa yang dipercayai pengamal perubatan. “Individu yang dipukul itu tidak mengalami kecederaan serius manakala ketiga-tiga suspek masih direman empat hari dan disiasat di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.

Teoh Tia berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Uniform Kor-Kadet Polis di Auditorium Ibu Pejabat Polis  Kontinjen (IPK) Melaka di Bukit Beruang, tadi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");