Sukan Hari Ini

‘7 Hari Lagi’ Kata TMJ

KUALA LUMPUR: Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sekali lagi mencetuskan persoalan dengan ‘posting’ terbaharu bertajuk ‘7 hari lagi’ pada akaun Facebook kelab miliknya, Johor Southern Tigers (JST) semalam.

Kenyataan itu membuatkan peminat kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) dan bola sepak tempatan membanjiri ruangan komen dengan telahan masing-masing.

Ada yang berpendapat maksud ‘7 hari lagi’ itu adalah tempoh genap setahun Tunku Ismail menjadi Presiden FAM selepas dilantik dalam Kongres FAM ke-53 pada 25 Mac lalu.

Ada juga pihak yang menganggap, ‘7 hari lagi’ itu adalah bermaksud hari terakhir Tunku Mahkota Johor (TMJ) menjadi Presiden FAM untuk mengotakan hasratnya melepaskan jawatan.

Malah jika mengira kepada tempoh tujuh hari itu juga adalah tempoh berlangsungnya Kongres Perkongsian Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) di Johor Bahru pada 25 Mac ini.

Dalam laporan SUKAN NSTP hari ini, Kongres FMLLP itu dikatakan mungkin menjadi penentu kepada kedudukan Tunku Ismail sama ada akan kekal menerajui FAM atau meneruskan hasratnya lapor Berita Harian.

Timbalan Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi menyatakan bahawa pertemuan EEXCO FAM dan wakil setiap pasukan Liga Malaysia pada kongres itu akan dijadikan medan untuk mereka menyatakan sokongan kepada Tunku Ismail.

Pada kongres itu juga bakal diadakan pemilihan pengerusi FMLLP yang kini disandang Tunku Ismail.

Adakah Tunku Ismail mahu melepaskan jawatan Presiden FAM dan hanya menumpukan kepada tugas Pengerusi FMLLP saja selaras dengan objektif pengasingan dua organisasi itu, bakal diketahui pada 25 Mac nanti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");