Perak Hari Ini

Ada Calon Sudah Dimaklum Akan Mewakili BN Dalam PRU14: Zambry

GOPENG: Barisan Nasional (BN) Perak sudah mengenalpasti beberapa individu serta telah memaklumkan tentang pencalonan itu kepada mereka sebagai persiapan bagi menghadapi Pilihanraya Umum Ke-14 (PRU) yang akan datang.

Mengulas lanjut tentang langkah BN pusat dalam mengumumkan calon lebih awal yang mana di luar daripada amalan tradisi parti, Pengerusi BN Negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, ia hanyalah sebahagian daripada langkah BN dalam membuat kesiap-siagaan jentera dan calon itu sendiri.

“Seperti yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), ini bukanlah satu-satunya pendekatan. Jadi kita perlu melihat persiapan dari segi keseluruhannya,” katanya.

Jelasnya, lagi pendekatan ini dijalankan terhadap semua calon sama ada muka lama ataupun muka baharu serta kepada calon yang digugurkan.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan majlis pembukaan Akademi Lumba Kereta T-City, dekat sini, pada Selasa.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan serta Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Semalam media tempatan melaporkan langkah BN dalam membuat pengumuman calon baru PRU14 lebih awal adalah sebagai langkah mengelakkan unsur sabotaj terhadap parti dan calon yang dipilih.

Zahid yang juga Timbalan Pengerusi BN berkata pada kebiasaanya, calon BN diumum sehari sebelum penamaan calon, ataupun calon mendapat watikah pada malam sebelum penamaan calon, namun langkah mengumumkan calon lebih awal akan membolehkan mereka bersiap siaga.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");